Puan Hajah Simah binti Hashim
No Brake
Sabtu, 7 Mei 2011
Selasa, 26 April 2011
daging babi.. sains.. Al-Quran
"Diharamkan kepada kamu [memakan] bangkai [binatang yang tidak disembelih], dan daging babi [termasuk semuanya], dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah." -[Al-Ma'idah:3]
Al-Quran membuktikan bahawa ia memiliki sifat saintifik semenjak lebih kurang 14 abad terdahulu.
Orang Barat merasa hairan, kenapa Islam mengharamkan daging babi, kerana bagi mereka daging babi dianggap sebagai daging yang paling baik dan paling berharga bagi mereka.
Maklumat perubatan yang ditemui oleh para doktor Barat berkenaan daging babi dan kesannya terhadap orang yang memakannya:
- Beberapa kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa seper enam penduduk Amerika mengalami penyakit yang diakibatkan oleh cacing pita akibat daripada memakan daging babi
- Kadar asid urik di dalam darah dan daging babi adalah lebih tinggi daripada binatang lain. Asid ini mempunyai kesan negatif dan boleh menyebabkan penyakit kepada sendi, kedua-dua buah pinggang, pembuluh darah terutamanya pembuluh darah di dalam otak dan jantung
- Kadar lemak di dalam daging babi amat tinggi. Lemak ini boleh menyebabkan peningkatan kadar kolestrol dan triklorida (trichloride) di dalam darah. Ia adalah penyebab utama ketegaran pembuluh darah secara umumnya, terutama pembuluh darah di dalam jantung dan otak yang boleh menyebabkan sakit dada (angina pectoris), darah beku di dalam jantung dan otak (myocardial inferction) serta kelemayuh (gangrene) di anggota hujung seperti jari tangan atau kaki terutamanya bahagian bawah badan. Oleh itu, kita tidak berasa hairan jika kita mengetahui bahawa sebab utama yang menyebabkan kematian di Barat sekarang ialah ketegaran pembuluh darah dan komplikasinya.
Makanan yang dihalalkan oleh Allah Subhanahu Wataala adalah baik dan bermanafaat kepada badan kita. Manakala makanan yang diharamkan oleh-Nya adalah buruk dan memudaratkan badan serta agama.
"Mereka bertanya kepadamu [wahai Muhammad]: "apakah [makanan] yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu [memakan] yang lazat serta baik..." [Al-Ma'idah: 4]
Ahad, 24 April 2011
staying healthy always
1. Drink six glasses of plain water a day
2. Eat mostly plants and unprocessed food.. And a bit of meat
3. Don't pop pills, eat nutrient-rich food
4. Lose weight by eating a healthy diet
5. Get eight hours of sleep a day
6. Stub out
7. Exercise at least four times a week, for about 45 minutes each time
8. Healthy mind = healthy body
2. Eat mostly plants and unprocessed food.. And a bit of meat
3. Don't pop pills, eat nutrient-rich food
4. Lose weight by eating a healthy diet
6. Stub out
7. Exercise at least four times a week, for about 45 minutes each time
8. Healthy mind = healthy body
Sabtu, 23 April 2011
Membaca
entry pertama ini dikhaskan ditujukan kepada anak ku dan kepada orang yang suka kepada membaca.
Ilmu pengetahuan diperoleh melalui proses pembacaan.
Membaca menjadi akar tunjang kekuatan seseorang individu, malah sesuatu bangsa dan sesebuah negara. walau betapa kuat pun sistem ketenteraan atau sistem ekonomi sesebuah negara, pasti akan tumbang jua akhirnya jika tidak didasari oleh ketinggian ilmu pengetahuan.
Penekanan kepada kepentingan membaca itu nyata bersumberkan dari 'semangat' yang tersirat dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Salallahu Alai Wassalam, seperti yang terkandung dalam maksud ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq;
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya"
Teruskan minat suka kepada membaca..
Langgan:
Catatan (Atom)