Selasa, 26 April 2011

daging babi.. sains.. Al-Quran

"Diharamkan kepada kamu [memakan] bangkai [binatang yang tidak disembelih], dan daging babi [termasuk semuanya], dan binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah." -[Al-Ma'idah:3]

 
 Al-Quran membuktikan bahawa ia memiliki sifat saintifik semenjak lebih kurang 14 abad terdahulu.

Orang Barat merasa hairan, kenapa Islam mengharamkan daging babi, kerana bagi mereka daging babi dianggap sebagai daging yang paling baik dan paling berharga bagi mereka.

Maklumat perubatan yang ditemui oleh para doktor Barat berkenaan daging babi dan kesannya terhadap orang yang memakannya:

  • Beberapa kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa seper enam penduduk Amerika mengalami penyakit yang diakibatkan oleh cacing pita akibat daripada memakan daging babi
  • Kadar asid urik di dalam darah dan daging babi adalah lebih tinggi daripada binatang lain.  Asid ini mempunyai kesan negatif dan boleh menyebabkan penyakit kepada sendi, kedua-dua buah pinggang, pembuluh darah terutamanya pembuluh darah di dalam otak dan jantung
  • Kadar lemak di dalam daging babi amat tinggi.  Lemak ini boleh menyebabkan peningkatan kadar kolestrol dan triklorida (trichloride) di dalam darah.  Ia adalah penyebab utama ketegaran pembuluh darah secara umumnya, terutama pembuluh darah di dalam jantung dan otak yang boleh menyebabkan sakit dada (angina pectoris), darah beku di dalam jantung dan otak (myocardial inferction) serta kelemayuh (gangrene) di anggota hujung seperti jari tangan atau kaki terutamanya bahagian bawah badan.  Oleh itu, kita tidak berasa hairan jika kita mengetahui bahawa sebab utama yang menyebabkan kematian di Barat sekarang ialah ketegaran pembuluh darah dan komplikasinya.
 

Makanan yang dihalalkan oleh Allah Subhanahu Wataala adalah baik dan bermanafaat kepada badan kita.  Manakala makanan yang diharamkan oleh-Nya adalah buruk dan memudaratkan badan serta agama.

"Mereka bertanya kepadamu [wahai Muhammad]: "apakah [makanan] yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu [memakan] yang lazat serta baik..."  [Al-Ma'idah: 4]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan